Jodoh dan rezeki
" Sejauh mana pun kita pergi if dia jodoh kita, kita tetap akan bersama jugak dengan orang tu "
Ayat ni dikatakan kolot @ orang tua sangat -_- Apa kaitan dengan orang tua segala bagai ???
Ada yang cakap :
" Jodoh tu kena cari, kalau tak cari takkan dapat. Sama juga macam rezeki "
Again. Apa kaitan dengan rezeki ?? Memang tak dinafikan jodoh tu kena cari. Tapi kalau kita terlalu sibuk mencari jodoh, takut suatu hari kita tersalah memilih jodoh. Jodoh yang terbaik ialah jodoh yang datang dari Allah swt. Jodoh kita sebagai manusia, semua telah tertulis di Luh Mahfuz. Siapa kita untuk ubah apa yang telah ditetapkan? Sama ada kita dapat jodoh yang baik or jahat, maybe itu semua UJIAN buat kita agar lebih dekat dengan-Nya. Rezeki? Rezeki memang kena cari. Macam mana nak dapat rezeki if kita tak usaha. Tapi kalau difikirkan semula jodoh dan rezeki tu tak jauh beza. Apa yang aku boleh tafsirkan dekat sini :
Rezeki tu terbahagi kepada dua:
1) Halal
2) Haram
So.. Kalau rezeki yang kita cari tu adalah halal, semua yang kita buat akan diredhai Allah. Kalau rezeki yang kita cari tu haram, semua yang kita buat Allah akan murka. Sama jugak dengan jodoh. Kalau kita mencari jodoh yang halal, insyaallah jodoh tu akan berkekalan dan diberkati Allah sehingga akhirat. Kalau jodoh yang kita cari tu haram, sampai bila bila pun hubungan tu takkan tenteram, ada sahaja konflik.
Secara kesimpulan yang aku boleh buat, jodoh tu kita tak perlu kejar pun. Sebab semuanya telah tertulis. Just berdoa yang jodoh yang bakal kita temui itu adalah dari golongan yang baik dan sentiasa mengingatkan kita kepada Maha Pencipta. Kalau setakat muka kacak bergaya, tapi solat pun lintang pukang. Better pilih yang tiada rupa tapi sentiasa menghadap Allah.

Name: Your name
Mochafrappes has been my official personal blogging site since 2009. I normally don't change my URL names
unless I have to for crucial reasons. It first started off with "ichooseyoumikichu", and I blogged for about 3 months and then I totally abandoned my blog for another
3+ months for tumblr. After getting used to tumblr, I only saw tumblr as a quick blogging site, and I moved back to blogspot because I can't seem to find tumblr as a serious personal blog, I think it's more for reblogging ideas and images.
Travel to Japan
