19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih
makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda
SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia".
2. Apabila seseorang
perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
4. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosanya seperti waktu ibunya
melahirkannya dahulu.
5. Apabila telah lahir
anak lalu disusuinya setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
7. Sesiapa yang
mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Sesiapa membawa hadiah
(makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedeka). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Sesiapa yang mengembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.
9. Perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila
solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan
suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang
dikehendakinya.
11. wanita yang solehah
(Baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah SAW; Siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Siapa
pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".
13. Apabila engkau
dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
14. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan menjaga solatnya serta puasanya.
15. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan
tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah
tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal
bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
18. Sesiapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.
19. Daripada Aisyah RA,
"Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka".
Labels: 1000 kebajikan, hadis, mengenai wanita, menghapuskan 1000 kejahatan, penghalang baginya daripada api neraka, rahim, rasulullah saw, syurga

Name: Your name
Mochafrappes has been my official personal blogging site since 2009. I normally don't change my URL names
unless I have to for crucial reasons. It first started off with "ichooseyoumikichu", and I blogged for about 3 months and then I totally abandoned my blog for another
3+ months for tumblr. After getting used to tumblr, I only saw tumblr as a quick blogging site, and I moved back to blogspot because I can't seem to find tumblr as a serious personal blog, I think it's more for reblogging ideas and images.
Travel to Japan
