Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 saya sayang awak



 luahan hati saya pada awak.
Sudah sekian lama hatiku tertutup untuk cinta, namun kini ia kembali terbuka,untuk lelaki yang berjaya membuatkan hatiku berdegup kencang. Entahlah..memang cinta itu aneh.sukar untuk dilafazkan apatah lagi kata-kata. Cinta tak seharusnya dilafazkan dengan kata-kata. Namun dengan perlakuan kita yang menunjukkan kita menyayangi dan menyintai dirinya. Kata-kata Cuma untuk memperkukuhkan lagi cinta kita... Ya,cinta itu aneh tapi indah untuk dirasai..
 Perbualan aku bersamanya didalam facebook  menampakkan kemesraan antara kami..walau aku tahu,aku dan dia 
tidak mungkin bersatu..kami memang akrab sebagai seorang sahabat,namun di dalam hati ini bukan hanya sekadar seorang sahabat, tetapi jauh lebih dari seorang sahabat.. aku menyintainya, ya aku tidak menafikan perasaanku saat ini, meskipun kami tidak pernah bertemu. Namun rasa kasih ini tak pernah ku luahkan, hanya di angin lalu. Bukan aku takut untuk meluahkannya, tetapi aku lebih takut kehilangannya. Aku tahu dia hanya mengaggap aku sekadar sahabat tidak lebih dari itu. Namun dalam diam cinta yang mula mekar dan mengharum mengatasi segalanya. Walaupun ku tahu saatnya nanti aku akan merana kerana dia akan di miliki oleh insan lain, tetapi apa salahnya,selagi ada ruang aku masih mampu untuk berbual mesra dengannya..
Namun....”cinta yang terindah,tak pernah diungkapkan..rindu yang teramat...namun tak pernahku lafazkan, pada si dia yang ku cintai hanya 
namamu yang terpahat di dalam hati. . Namun dirimu hanya mengaggap aku sebagai sahabat,aku tak salahkanmu...kerana ku tahu cinta tidak semestinya bersatu. Aku bahagia aku gembira, walaupun hati ini ada palitan luka.. hati ini meronta-ronta menjerit kata cinta, tetapi bibir ini amat berat untuk meluahkannya.. aku merinduimu sayang,terlalu rindu. Adakah hari yang singkat ini bisa mengubati kerinduan yang sarat didalam hatiku pada ketika ini? Ku tahu sayang,aku bukan untukmu. Namun masih adakah ruang untuk diriku di hatimu..?”
Ya,benar kata orang 
“cinta bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Alangkah indahnya jikalau kau tahu isi hatiku, Hati yang ingin memiliki dirimu. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu,ia boleh dirasai dalam hati... namun aku masih berharap cinta daripadanya,cinta yang tulus untukku dan bukannya simpati..saya sayang kamu sampai bila2..


 my heart in the bottle now!!
"saya sayang awak" was Posted On: Friday, 7 February 2014 @05:41 | 0 lovely comments
 cinta kerana Allah
  Saat mula mengenali dirinya,
Diriku seakan bahagia,
Tiada setitis mutiara jatuh ke riba,
Kehadirannya mampu membawa cahaya,

Hadirnya dalam hidupku,
Mampu mengubat hatiku yang pilu,
Mampu menghapus kenangan sendu suatu ketika dahulu,
Yang membiarkan aku terus hanyut dibuai rindu palsu,

Cinta bertepuk sebelah tangan,
Ayat yang sesuai dijadikan ungkapan,
Kerana berperangnya hati dan perasaan,
Menyuruhku melupakan dia dan menghapuskan segala kenangan,

Walupun kekadang diri terasa bahagia,
Namun derita juga kian menghimpit dada,
Saat aku melihatmu,
Terasa hatiku seakan-akan dihiris-hiris olehnya,

Seringkali aku merasakan diri seperti ditertawakan,
Apabila melihatnya bersama teman-teman,
Manik-manik jernihku bertaburan seperti air hujan,
Hatiku berbicara,mengingatkan aku ini adalah satu ujian,

Aku sakit dan patah hati,
Aku tak mahu berangan lagi,
Aku nak lari dari semua ini,
Hingga aku temui cinta sejati,

Niat tidak boleh menghalalkan cara,
Kerana apa yang haram tetap haram di sisiNya,
Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redhaNya,
Kerana disitulah akan hadir segunung rahmatNya

Aku tahu aku bukanlah hamba yang sempurna,
Aku berasa tidak sempurna tanpa cintanya,
Namun,tanpa cintaMu Ya Allah hidupku lebih tidak sempurna,
Haruskah aku melupakan perasaanku terhadapnya?

 Ya Rabbana,
Sampaikan pesananku kepadanya,
Kau berikanlah cahaya hidayahMu kepadanya,
Kau berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya,
Kau haruskanlah ingatanku terhadapnya,
Sehingga aku tahu dialah jodohku selamanya.....
"cinta kerana Allah" was Posted @05:39 | 0 lovely comments
 jika aku jatuh cinta
Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu..

Ya Muhaimin..
jika aku jatuh  hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana..
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatimu.

Ya Rabbul izzati..
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang,
yang merindui syahid di jalanmu.

Ya Allah..
jika aku menikmati cinta kekasihmu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah..
jika aku jatuh hati pada kekasihmu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada mu.

Ya Allah.
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadamu..
"jika aku jatuh cinta" was Posted @05:37 | 0 lovely comments
 kerana mulut, badan binasa
Pernah dengar tak pepatah "Lidah manusia lebih tajam dari mata pedang"? Betul ke? Bagi pendapat aku lar kan, maybe ada betul nya sebab dengan kata kata sahaja kita mampu melukakan hati seseorang sama ada sengaja atau tidak sengaja. Manusia kadang kadang leka dengan keadaan sekeliling dan sering inginkan perhatian dari orang ramai. Kadang kadang perkataan yang keluar dari mulut kita secara tidak langsung telah mengganggu emosi seseorang terhadap apa yang telah kita perkatakan.

Contoh:
A: Dalam fb ramai orang cakap aku comel tapi kau hodoh. hahaha *muke bangga*
B: Biar lah, itu mulut mereka =.= *tacing*
-Ni manusia yang jenis masuk bakul angkat sendiri-

A: Kau ni hari-hari tiru kerja sekolah aku, tak takut salah ke?
B: Hurmmmm..... 
-Manusia yang kedekut ilmu-

A: Weyh, kau punya spender basah lar (cakap depan orang ramai)
B: Ehh yeker? (tahan malu)
-Manusia yang suka mengaibkan orang lain-

Kadang kadang kita menganggap perkara ini sebagai gurauan atau motivasi untuk mendorong seseorang, tetapi sebenarnya kita telah salah... Sekiranya anda seorang doktor, siapa yang tak nak percaya kata kata anda? contohnya; "kalau nak kurus, minum jus ciptaan saya tapi jangan makan nasi tau" <-- Nampak dekat situ macam mana permainan dia? haha. Confirm ramai gila orang datang untuk beli produk tu.

Moral: Berhati hati dalam berkata kata. Kita tidak seharusnya mengeluarkan kata kata yang kasar atau buruk terhadap orang lain meskipun untuk menegur. Sekiranya kita hendak mengeluarkan pendapat atau pandangan, ucaplah dengan kata kata yang baik dan berhikmah.

"Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang orang yang zalim" (Surah Al-Hujarat : 11)

"kerana mulut, badan binasa" was Posted @05:36 | 0 lovely comments
 Cinta itu fitrah
Rasa cinta tidak salah. Yang salah jika menyuburkan cinta dengan perbuatan haram. Rasa cinta itu fitrah. Yang fitrah itu adalah sunnatullah setiap kehidupan. Rasa cinta itu lelah. Yang membuat insan hanyut dalam fikiran dan perasaan. Rasa cinta itu indah. Yang akan lebih indah dengan ikatan pernikahan. Jika telah hadir rasa cinta, berpada-padalah dengan dirimu sendiri, kerana dirimu yang mengizinkan hadirnya, bukanlah orang lain

Subhanallah. Cinta itu lah yang sering melalaikan kita. Tidak wujud istilah cinta pada pandangan pertama kerana cinta pandangan pertama kita hanya untuk DIA.. Kenapa kita beria mencari tulang rusuk yang hilang sedangkan Allah sudah menetapkan jodoh kita di Luh Mahfuz. Sekalipun kita bercouple 5,6,7 tahun belum tentu si dia itu jodoh yang ditulis untuk kita. Seriously, rugi bagi mereka yang bercinta sebelum nikah. Kerana mereka tidak dapat menikmati keindahan cinta selepas nikah. Sesungguhnya Allah swt telah mengatakan bahawa; "Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat". Allah itu maha adil.
Ya Allah aku bersyukur engkau telah menemukan aku dengan orang yang salah. Kerana tanpa pertemuan tersebut aku tak mungkin berdiri teguh dengan pendirian aku sekarang. Semoga allah permudahkan segala urusan. Aminn~

"Cinta itu fitrah" was Posted @05:34 | 0 lovely comments
 Perasaan malu
Perasaan malu dalam diri setiap manusia penting . Dengan adanya perasaan malu tu perbuatan kita akan terbatas . Tapi kadang kadang tu perasaan malu tu perlu dibuang jauh jauh . Maybe ditengah lautan . Bayangkan kau nak pergi temu duga tapi kau ni jenis pemalu tahap gaban . So apa boleh buat ? Lebih baik kau keluar dari bilik temu duga tu pastu balik menangis bawah bantal . Senang kerja manusia yang nak menemu duga kau nanti . Aku tak cakap salah untuk ada perasaan malu sebab malu tu kan perisai iman . Tapi kadang kadang tu kau kena buang perasaan malu untuk berdepan dengan orang lain . Tak salah jika malu kerana berlainan jantina . Tapi mustahil untuk aku katakan "Betul" sebab memang sekarang ni lelaki dan perempuan bebas je . Tade langsung perasaan malu . Nauzubillah . 


Pernah kau terfikir tak macam mana orang yang jenis peramah ni boleh berdepan dan bercakap dengan orang lain yang sememangnya bukan kenalan mereka ? 

Mesti tak pernah kan? Okay , berdasarkan apa yang aku perhatikan dan setelah membuat beberapa kajian . Aku mendapati orang yang jenis sebegitu memendamkan perasaan malu mereka . Maybe dalam fikiran mereka , manusia diluar sana adalah keluarga or sahabat . Maybe lah kott . Hahaha . Korang perasan tak kenapa orang yang jenis tu boleh cakap macam macam dengan orang lain , itu sebab mereka akan terus mengajukan soalan kepada manusia yang berdekatan walaupun mereka sudah mengetahui perkara tersebut . Seriously aku dah test keberkesanan perkara tu , 99% berjaya . 1% failed bila aku jumpa dengan manusia yang berlagak . Sumpah rasa macam nak tendang muka dia bertubi tubi . Dia ingat aku tunggul kayu ke duduk berpotpet sengsorang -_- 
"Perasaan malu" was Posted @05:28 | 0 lovely comments
 Jodoh dan rezeki
" Sejauh mana pun kita pergi if dia jodoh kita, kita tetap akan bersama jugak dengan orang tu "
Ayat ni dikatakan kolot @ orang tua sangat -_- Apa kaitan dengan orang tua segala bagai ??? 

Ada yang cakap :
" Jodoh tu kena cari, kalau tak cari takkan dapat. Sama juga macam rezeki "
Again. Apa kaitan dengan rezeki ?? Memang tak dinafikan jodoh tu kena cari. Tapi kalau kita terlalu sibuk mencari jodoh, takut suatu hari kita tersalah memilih jodoh. Jodoh yang terbaik ialah jodoh yang datang dari Allah swt. Jodoh kita sebagai manusia, semua telah tertulis di Luh Mahfuz. Siapa kita untuk ubah apa yang telah ditetapkan? Sama ada kita dapat jodoh yang baik or jahat, maybe itu semua UJIAN buat kita agar lebih dekat dengan-Nya.  Rezeki? Rezeki memang kena cari. Macam mana nak dapat rezeki if kita tak usaha. Tapi kalau difikirkan semula jodoh dan rezeki tu tak jauh beza. Apa yang aku boleh tafsirkan dekat sini : 
Rezeki tu terbahagi kepada dua:
1) Halal
2) Haram

So.. Kalau rezeki yang kita cari tu adalah halal, semua yang kita buat akan diredhai Allah. Kalau rezeki yang kita cari tu haram, semua yang kita buat Allah akan murka. Sama jugak dengan jodoh. Kalau kita mencari jodoh yang halal, insyaallah jodoh tu akan berkekalan dan diberkati Allah sehingga akhirat. Kalau jodoh yang kita cari tu haram, sampai bila bila pun hubungan tu takkan tenteram, ada sahaja konflik. 

Secara kesimpulan yang aku boleh buat, jodoh tu kita tak perlu kejar pun. Sebab semuanya telah tertulis. Just berdoa yang jodoh yang bakal kita temui itu adalah dari golongan yang baik dan sentiasa mengingatkan kita kepada Maha Pencipta. Kalau setakat muka kacak bergaya, tapi solat pun lintang pukang. Better pilih yang tiada rupa tapi sentiasa menghadap Allah. 
"Jodoh dan rezeki" was Posted @05:27 | 0 lovely comments
 Mata berkedip
Mata korang pernah tak tetibe berkedip kedip di bahagian kelopak mata? Mesti pernah kan? Sape tak pernah, sila angkat hidung. Nampak gayanya anda bukan manusia tapi ALIEN dari pluto. Haha tak lawak =.=" kbai.

Mengikut fakta Encik Google ni :
Nama saintifik untuk penyakit mata bergerak ini ialah "myokymia" (adik beradik mumia. wheww~) *sambung* Penyakit ni berlaku akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang kadang di bahagian bawah kelopak mata. Mata bergerak gerak ni berkait rapat dengan stress, fatique, kurang tidur dan overdose minum kopi. Anxiety/depression juga boleh mengakibatkan kepada masalah mata bergerak gerak ni. Kerisauan yang terlalu tinggi dalam diri kita juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Tips untuk hilangkan penyakit ni :
Just kena REHAT jeeee~ cuba pejamkan mata seketika dan buka semula. Ulang beberapa kali untuk merehatkan mata. Maybe ni kesan daripada manusia yang asyik mengadap laptop =..="

Orang tua tua cakap :
if mata kita berkedip belah kiri, ada something yang akan membuatkan kita menangis. Kalau berkedip belah kanan, kita akan dapat berita gembira.

Betul ke?? Actually aku pun dah terpengaruh dengan kata kata ni. Entah betul ke tak, aku pun tak tahu. Tapi kadang kadang benda tu betul betul berlaku. Tak tahu lah ia sekadar kebetulan or ape kan :D Hahaha
"Mata berkedip" was Posted @05:26 | 0 lovely comments
 Tentang Hati
"Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, 
apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan, 
dan apabila ia rosak, maka rosaklah semuanya.
Ketahuilah, itulah dia hati"
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Kata orang manusia boleh diibaratkan dengan pelbagai perumpamaan. Bagi aku saat melihat belon belon yang indah warnanya, pelbagai bentuknya, aku membayangkan hidup manusia. Cukuplah sekadar diikat dengan seutas tali agar ia tidak terus terbang bebas. Hanyut... dalam dunia yang terbentang luas. Begitulah juga diibaratkan  manusia. Setiap manusia Allah jadikan daripada pelbagai jenis, bangsa dan bahasa. Diikat dengan satu tali agama yang sama iaitu kalimah aqidah yang utama, Lailahailallah dalam hati kita. 

Rasulullah saw bersabda :
"sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu berdasarkan kepada niatnya"
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Pandangan pertama membuatkan kita sering menilai seseorang melalui pemakaiannya,
Pandangan pertama membuatkan kita sering menilai seseorang melalui perbuatannya,
Pandangan pertama juga membuatkan kita sering membisikkan hati kita dengan fitnah,
Dan pandangan pertama sering membuatkan kita mempertikaikan kelakuan seseorang

Sabda Rasulullah saw :
"Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu (adalah) pembicaraan yang paling dusta"
-Hadis riwayat Munafaqun'alaih

Allah menjadikan seseorang cinta kepada keimanan dengan menampakkan keindahan sehinggakan ia menjadi begitu indah. Ada pula hati yang terlalu kotor dan gelap kerana dipenuhi dengan kekufuran. Hati yang indah akan sentiasa bersih dengan berbaik sangka, namun hati yang kotor tidak pernah terlepas daripada perasaan perasaan prasangka. Kerana kita sering menilai sekadar melalui apa yang kita lihat.

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
-Surah Al-A'raf : 201-202

No one has the right  to judge. You might hear the stories, saw the scenes but you never really feel what is inside the heart. Because the reality may differ from what you think it is.

Namun hakikatnya hati mungkin salah mentafsir kebaikan setiap mereka disekeliling kita. Seorang mukmin yang bersangka baik terhadap orang lain, dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan. Bersangka baiklah kerana sesungguhnya kita adalah bersaudara. Andai sahaja hati mudah berprasangka, bagaimana kita mahu menebar bahagia? 

Jika kita merasakan diri sudah cukup baik, sebenarnya kita masih tidak cukup baik. Tiada pengakhiran dalam mencari kebaikan dan masih ada masa untuk menebus dosa dosa. Allah sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita berubah.

"Tentang Hati " was Posted @05:25 | 0 lovely comments
 

In the darkness of the night 
close to the dawning light
i wake up and pray 
for another better day
lead me to jannah
save me from al-haawiyah
Allah we adore you
Allah we implore you

Menangislah, bila harus menangis. Kerana kita adalah manusia. Manusia akan terluka, dan manusia pasti menangis. Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka.

"" was Posted @05:24 | 0 lovely comments
 Sabar dan ikhlas itu ISLAM
Allah memberikan ujian kepada hambanya mengikut kemampuan. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba hambanya. Setiap manusia di muka bumi ini tidak pernah lari dari menerima ujian daripada Allah swt. Allah mendatangkan ujian kepada kita sebagai tanda kasih dan sayang-Nya kepada kita. Kenapa kita mengeluh? Sesungguhnya disebalik ujian yang kita hadapi akan diiringi dengan nikmat pada masa akan datang. 
Kadang kadang ujian datang kepada kita sebagai tanda Allah mengingati kita akan segala dosa yang kita telah lakukan. 

Renungan akan Kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha,
Zulaikha memfitnah Yusuf memperkosanya sehingga Yusuf dipenjarakan. Apakah Yusuf memberontak? Tidak.. Yusuf tahu Allah sedang memberi ujian kepadanya. Lalu Yusuf berkata "Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar. Maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat dengan-Mu daripada aku hidup bersama manusia pendusta"

Allah sedang memberi ujian kepada kita tentang sabar dan ikhlas. Dimana kita harus bersabar dan ikhlas menghadapi segala bentuk ujian yang Allah berikan. Kerana.....

Sabar dan ikhlas... itu ISLAM !

Allah s.w.t berfirman :

"Aku sesuai dengan dugaan hamba Ku kepada Ku. Dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepada Ku dalam hatinya, Aku akan mengingatinya di dalam hati Ku. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai. Nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekati Ku sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekati Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari"
-Hadis riwayat Al-Bukhari

"Sabar dan ikhlas itu ISLAM" was Posted @05:23 | 0 lovely comments

« Older posts | Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ