Everyone is different in style and that's what makes everyone unique. Be you, not someone else.
ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ
The layout was made specially for me.
All links open in a new tab.

 Jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sumpah PANJANG !
Allah swt berfirman: 
“Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana dialami oleh orang sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), kecelakaan dan digoncangkan mereka sehingga rasul dan orang yang beriman besertanya (rasul itu) berkata : “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat.” 
[Al-Baqarah:214]

Jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sumpah PANJANGGG!!

Jalan yang tidak akan sentiasa dihampari dengan karpet merah mahupun jambakan bunga mahupun limousine bersiar-siar yang menunggu penumpangnya. Malah, ia jalan yang penuh dengan cabaran, rintangan.. and endless of tests.. and more tests.. Namun perjalanan tetap harus diteruskan walaupun kadang kala ada yang rebah di tengah jalan.. Namun kita harus mengimani bahawa suatu hari nanti kebangkitan dan kemenangan islam itu pasti akan berlaku dan ianya milik Allah swt. Manakala kita hanya mampu menuju ke arahnya dan berusaha dengan mengambil Rasulullah saw dan para sahabat sebagai contoh yang bermati-matian menyebarkan islam di sana sini, yang mewar-warkan kehebatan islam, yang menghebah-hebahkan syurga dan neraka, yang melaung-laungkan keadilan dan kejujuran islam, yang bermati-matian mempertahankan kedaulatan dan kesucian islam dan yang ditarbiyyah, yang ditunjuk ajar dan dibimbing. Perumpamaan seperti menyemai benih-benih tarbiyyah kepada manusia.. menyiraminya.. dan membajainya.. dan ia harus ditarbiyyah dan ditarbiyyah selama bertahun lamanya.. sehingga manusia akan datang menyerah diri kepada islam dan sanggup bernaung di bawah pokok rending lagi berbuah lebat dan ranum.. Sepertimana Rasulullah saw dan para sahabat telah lakukan, dengan mengambil Rasulullah saw dan para sahabat sebagai contoh, yang bermati-matian menyebarkan islam di sana sini, yang mewar-warkan kehebatan islam, yang menghebah-hebahkan syurga dan neraka, yang melaung-laungkan keadilan dan kejujuran islam, yang bermati-matian mempertahankan kedaulatan dan kesucian islam dan yang ditarbiyyah, yang ditunjuk ajar, dan dibimbing... Semuanya demi meraih keredhaan Allah swt sebagai abid dan khalifahnya di muka bumi Allah swt ini.

“Tidak kami jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaku”
[Az-Zariyah:56]


Dan (ingatlah)tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosok didalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji engkau dan memuliakan engkau? Dia berkata : Sesungguhnya aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.
[Al-Baqarah:30]
"Jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sumpah PANJANG !" was Posted On: Thursday, 30 January 2014 @00:46 | 0 lovely comments
 GAMBARAN HARI KIAMAT
- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

Sedekah/amal jariahnya.
Doa anak²nya yang soleh.
Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Labels: , , , , , , , , , , , , , ,

"GAMBARAN HARI KIAMAT" was Posted On: Wednesday, 29 January 2014 @22:25 | 0 lovely comments
 19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai wanita
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda SAW, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah daripada dosa-dosanya seperti waktu ibunya melahirkannya dahulu.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusuinya setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

7. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Sesiapa membawa hadiah (makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedeka). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Sesiapa yang mengembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

11. wanita yang solehah (Baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW; Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya".

13. Apabila engkau dipanggil oleh ibu dan bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga solatnya serta puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama-sama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

18. Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah RA, "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

Labels: , , , , , , ,

"19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai wanita" was Posted @22:20 | 0 lovely comments
 
Lepasan SPM/STPM/matrikulasi/diploma/asasi

Permohonan kemasukan ke IPTA lepasan SPM/STPM 2013/2014:
pembelian nombor unik ID di BSN bermula 7 Januari sehingga 15 April 2013 dan boleh mula online juga pada tarikh tersebut..maklumat terkini layari website http://upu.mohe.gov.my/ harga no unik ID UPU ialah RM15.60..

manakala pemohonan ke USM boleh dibuat di http://www.usm.my/ seterusnya klik pohon@USM...harga no pin USM ialah RM40...pembelian no pin dan pemohonan USM bermula 7 Januari sehingga 14 April 2013..

bagi sesiapa yg ingin memohon pra diploma UiTM,anda boleh melayari http://www.online.uitm.edu.my/pra/..

bagi yang ingin memohon SPA..anda boleh melayari http://www.spa.gov.my/Portal/ dan klik borang permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i)..jika anda dapat tawaran,dan menerimanya..ini bermakna anda perlu study ditempat pengajian SPA yg telah ditetapkan..

kepada lepasan lepasan tersebut,anda bolehlah melayari http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak+Syarat untuk menyemak jurusan yang sesuai berdasarkan keputusan peperiksaan anda..

jika anda ingin mengetahui syarat kelayakkan ke IPTA/politeknik/ILKA,anda boleh melayari http://upu.mohe.gov.my/.

Labels: , , , , , ,

"" was Posted @20:29 | 0 lovely comments

| Newer posts»

Copyrighted © TeaCakeHouse. All rights reserved. Thank you.
View with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Inspired by Kaith, Images from Cursor from Images from

ʟᴀʏᴏᴜᴛ ʙʏ © ᴍ ᴏ ᴄ ʜ ᴀ